
KETURUNAN PAK KADUK PANTANG IKAN TAPAH
Ramai diantara kita sudah mengetahui cerita Pak Kaduk yang telah menang dalam perlawanan sabung ayam tetapi kampung halaman serta anak isterinya tergadai. Tetapi ramai yang tidak sedar cerita ini ada kaitan dengan segolongan masyarakat Melayu, khususnya penduduk-penduduk di negeri Perak yang pantang makan ikan tapah. Pantang larang memakan ikan itu ada kaitan dengan cerita Pak Kaduk yang membuat sumpahan tidak membenarkan keturunannya memakan ikan tapah. Sehingga kini sumpahan itu dipercayai belum berakhir.
.
Orang-orang yang kononnya pantang pantang makan ikan tapah itu berasal daripada keturunan Pak Kaduk serta kaum kerabatnya. Orang-orang luar yang berkahwin dengan anggota keturunan Pak Kaduk ini juga akan terkena sumpahan itu. Keturunan Pak Kaduk dikatakan kebanyakannya berada di Lambor Kiri, Lambor Kanan, Pulau Tiga dan Bota yang terletak di Perak Tengah. Mereka yang termasuk dalam golongan itu kononnya akan terkena penyakit kulit yang disebut SEMALI iaitu:
1. pecah-pecah kulit, berair dan terasa gatal-gatal sehingga ke tulang jika termakan ikan tapah.
2.kulit mereka akan melecur,sakit sendi dan tulang.
penawar penyakit sumpahan -----> itu tiga butir kerongsang emas
Haji Daharun yang menetap di Kampung Tua,Lambor Kanan bersetuju dengan tindakan tersebut supaya memudahkan pesakit pulang ke kampung halaman untuk berubat.
.
Tiga keping kerongsang emas itu berbentuk potongan wajik, ukurannya dua inci bertatahkan batu delima yang dikatakan telah berusia 900 tahun adalah satu daripada tiga barang emas kepunyaan Pak Kaduk diperbuat daripada emas urai yang dijumpai dalam perut ikan Tapah. Menurut Hajah Asmah, tidak ada syarat yang dikenakan bagi mereka yang berubat. Mereka cuma dikehendaki minum air rendaman emas itu ataupun mandi dengan air itu supaya badan yang melecur terubat.
.
.
.
..
.
GEMAR MENYABUNG AYAM
.
"Pak Kaduk ini dikatakan suka dengan permainan kegemaran penduduk kampung ketika itu iaitu permainan sabung ayam dan mempunyai seekor ayam jantan yang handal.
"Oleh sebab ayamnya selalu menag, seorang penghulu iri hati tehadap kejayaan ayam Pak Kaduk, lalu berhasrat untuk mencuri ayam itu.
"Suatu malam,penghulu itu telah berpakat dengan kawannya untuk menipu Pak Kaduk dengan menyuruh rakannya menyeru nama Pak Kaduk dari atas pokok supaya menyerahkan ayamnya.
"Pak Kaduk yang ketakutan kerana menganggap suara itu suara jembalang terus menyerahkan ayamnya. Nasib Pak Kaduk bertambah malang apabila dia tewas dalam pertandingan sabung ayam menyebabkan kampung halaman, anak dan isterinya tergadai ke tangan penghulu itu.
Pak Kaduk yang malang itu terus lari ke sebuah pondok. Pada suatu hari, kucing belaan Pak Kaduk datang menghampirinya seolah-olah mengajak Pak Kaduk mengikutnya ke suatu tempat.
Kucing itu membawa Pak Kaduk ke tebing Sungai Perak dan di situlah dikatakan Pak Kaduk ternampak seekor ikan Tapah sebesar manusia berperut buncit terdampar di daratan.
Pak Kaduk dikatakan membelah ikan itu dan dalam perut ikan Tapah itulah dia menjumpai lebih kurang secupak emas urai. "Kerana terlalu gembira, Pak Kaduk telah menjahit semula perut ikan itu dengan menggunakan tali bemban,"sambungnya.
.
.
.
.
.
.
.
SUMPAH PAK KADUK
.
Pak Kaduk terus bersumpah bahawa keturunannya tidak akan dibenarkan menganiayai dan memakan ikan Tapah sampai bila-bila sebelum melepaskan semula ikan itu ke sungai Perak.
"Ada yang begitu alah dengan pantang itu sehingga terkena air atau terbau ikan Tapah menyebabkan kulit mereka melecur,"tambah Daharun.
Menurutnya lagi,dengan emas yang diperolehi itu,Pak Kaduk telah menebus semula kampung, isteri dan anaknya daripada penghulu itu. Emas selebihnya digunakan untuk perbelanjaan seharian serta membayar hutang dan sebahagian daripadanya di perbuat perhiasan barang kemas.
"Kerongsang itu dibuat oleh Pak Kaduk sebagai penawar bagi sumpahannya manakala barang kemas lain dijadikan perhiasan. "Subang itu kini dikatakan ada disimpan oleh kaum keluarga Pak Kaduk di Siak, manakala cincin itu pula disimpan oleh keturunan Pak Kaduk yang menetap di Kuala Dipang, Perak. "Pak Kaduk pengasas sumpahan ikan Tapah itu dikatakan meniggal dunia di Siak dan kuburnya didakwa masih ada sehingga sekarang,"
.